Pages

Ads 468x60px

Monday, January 12, 2009

Bike Rack Cap Ayam


Salam; (sebab tadi cerita pasal kereta) kalau kaki2 kayuh nie mmg familiar dengan bike rack atau bike carrier, tapi nak cerita sikit tentang bendalah nie walau pun nampak cam x berapa penting sgt tapi kewujudanya sangat2 diperlukan terutama pada jenis x rajin basuh kete cam aku nie.. brand yg paling baik dan popular adalah Thule Sweeden masalahnya herga dia boleh beli sebijik beskal cap ayam dalam RM 1,850.00 untuk satu set. sebagai alternatif rider miskin cam aku ni cuma mampu guna yang x de brand jer ; bike carrier, harga murah dalam RM 150, bole bawak sampai 3 bike. cuma nampak selekeh la dari thule yg mahal tu bike GAH tercacak atas bumbung kete... awesome gitu.. ada beberapa ketika dulu sebuk gak rider mengadu tentang bike carrier cap ayam ni kat forum, ada 3 kes bike jatuh tengah jalan, ada satu tu kena lenyek dgn van, ada juga yg kena saman dengan polis trafik.. ada beberapa tips untuk memastikan bike carrer cap ayam ni berfungsi setara dengan Thule, mula2 beli laraskan locking pada penyangkut kabel tu supaya bila kita sangkut pada body dai terus lock dan x gerak2, sangku pada sendi2 kenderaan yang kukuh sahaja, strap yg lebih tu kalau boleh ikat pada bike supaya extra safety. dan jangan la bila dah tau ada bawak bike kat belakang pas tu bawak laju2 , siap jump lagi dkt bonggol mmg nak carik na'as la kalau cam tu....

No comments: