Thursday, January 29, 2009
Bukan kedekut tapi berjimat
langkah awal yg saya ambil ialah dengan membaiki sendiri mesen basuh dan meng re-fill sendiri air minuman r.o untuk kegunaan opis. jumlah penjimatan hari ini RM 60 utk mesen basuh dan RM 60 untuk R.O water. Ayuh kita kongsi sama-sama kempen berjimat ni " bukan kedekut tapi berjimat"
Wednesday, January 28, 2009
Tutorial: Lukisan 3D ( sampel rendering lukisan menggunakan rihno3D )
Wednesday, January 21, 2009
Tutorial: Lukisan 3D Mudah
Tuesday, January 20, 2009
minggu marathon kad kahwin
p/s : tapi yg paling best CNY ni balik kg gue heheh best....
Saturday, January 17, 2009
Ride: Putrajaya... newbie and beginner
Monday, January 12, 2009
Bike Rack Cap Ayam
Selamat Tinggal Kereta Turbo
Salam: kali ni entri dah x cite pasal besikal sebab dah about 3 week x ride, reson sebab cik suri x sihat so kena la temankan dia kat rumah... bosan tapi x pe la bukan selalu pon, memandangkan 2 up coming race ni aku cam x dapat masuk jer... semangat nak training pun berkurangan, Downhill Challange Bukit Cermin 2009 jatuh pada 30hb ni yng sama dengan tarikh kawin sepupu aku kat Batu Pahat... so.. err, oh yaa bebalik pada tajuk entri, kete lencer ni agak banyak gak kenangan aku epecially masa kami kawin dulu.. rombongan pengantin ke Batu pahat dan kampung aku ke pantai remis rasanya perkhidmatanya sudah x dipertlukan lagi oleh tuanya so ada sape2 yg berminat nak bawa pulang?, heheh. Model evo 6.5 Tomi Mikinen Limited Edition, Enjin Standard Turbo Lencer Evo, Interior pun TME.. aku bukan minat sgt bab kete nie sebab tu aku x tau sangat spect2 dia yg panjang berjela.. malas..tapi minyak jimat walaupun suka-suka "tarik" dilebuhraya... buat masa ni, jentera besi ni selamat di parking bawah rumah aku selagi dia belum berjumpa tuan baru dia.....
Tuesday, January 6, 2009
Kiara Downhill Nomination 5th, petikan dari Utusan Malaysia
Sebahagian daripada pengunjung taman yang sebelum itu asyik bersenam kemudian beralih arah ke kawasan tempat letak kenderaan yang menjadi ‘pusat’ kemeriahan aksi.
Sejak awal pagi orang ramai berkumpul untuk melihat aksi penunggang kategori downhill (DH) melepasi halangan paling mencabar di situ iaitu lompatan jatuh setinggi 3.5 meter.
Sistem suspensi depan dan belakang yang berkualiti membolehkan penunggang mendarat dengan baik tetapi tidak kurang juga yang tergolek dan terhempas di depan penonton.
Cabaran laluan DH di Bukit Kiara sememangnya diakui antara paling ekstrem di negara ini tetapi bertambah sukar apabila hujan membasahi trek beberapa minit sebelum pertandingan.
Selepas hujan ketika laluan masih basah, perlumbaan melibatkan 11 peserta bagi Kategori Hardtail (ekor keras), diikuti dengan Juniur (20), Open (20), Master (21) dan Elit (enam) dilepaskan.
Permukaan tanah yang lecak selepas digomol penunggang pada sesi seeding menyebabkan pecutan agak perlahan dan ramai yang terjatuh.
Di dalam kategori juniur dan hardtail pula, ramai yang memilih laluan ‘jauh tapi selamat’ atau chicken run kerana tidak yakin untuk melepasi halangan gap di Garden.
Itulah sebahagian daripada suasana dan cabaran yang ditempuhi oleh 45 peserta sepanjang laluan 2. 4 kilometer pada Kiara Downhill Domination (KDD5) anjuran Freeride Malaysia, baru-baru ini.
Tempat pertama Kategori Elit disandang oleh penunggang pasukan AG Suspension, Tan Hong Chun yang mencatat masa 4 minit 6 saat (terpantas keseluruhan kategori)).
Dalam Kategori Terbuka, penunggang tempatan dari pasukan yang sama, Alzure Mahshar tewas kepada pencabar sepasukan dari Indonesia, Bandi Sugito yang mencatat masa 4 minit 28 saat.
Kategori Master dimenangi oleh Rizal Hon, selepas menewaskan penyandang juara KDD lalu iaitu Greg Larson daripada pasukan Duncan Replay Cycles.
Sementara itu penunggang baru, Farrandy Iskandar yang beralih kepada disiplin DH kira-kira enam bulan lalu menunjukkan bakat apabila memenangi hadiah tempat ketiga di dalam kategori yang sama.
Farrandy yang menunggang Yeti ASX berkata, setelah beberapa tahun menunggang di dalam disiplin cross country (XC), beliau akhirnya beralih kepada DH selepas berlatih di Bukit Kiara.
Kategori Hardtail dimenangi oleh Mohd. Nor Hairi Hassim dengan catatan masa 5 minit 36 saat.
Paling mencuri tumpuan sepanjang KDD5 adalah kepantasan juara Kategori Juniur, Mohd Aim Mohd Fauzi, 16, yang menjadikan beliau peserta paling lama berada di ‘kerusi panas’.
Mohd. Aim daripada pasukan Animal Klover menamatkan laluan berlumpur itu dengan catatan masa 4 minit 25 saat sebelum rekodnya itu dipadam oleh Hong Chun, kira-kira 30 minit sebelum pertandingan tamat.
“Nasib saya baik kerana semua halangan di laluan ini dapat dilepasi dengan baik tanpa sebarang kemalangan.
“Sebaik dilepaskan, saya terus berkayuh walaupun ketika menuruni lereng bukit yang agak curam,” katanya kepada Sigap.
KDD5 disokong oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Trail Association of Kuala Lumpur & Selangor (Traks) dengan penajaan daripada Foulker, Teamrich dan Dirtworks.
Pengasas Freeride Malaysia yang juga penganjur KDD, Amirul Khairi Abdul Ghani berkata, sejak penganjuran pertama pada Februari tahun lalu, Bukit Kiara kini semakin dikenali di kalangan peminat sukan mountain bike.
Beliau memberitahu, penganjuran KDD buat masa ini diteruskan atas dasar minat dan semangat untuk mengembangkan sukan lasak itu ke peringkat yang lebih tinggi.
Bagaimanapun dengan peruntukan yang agak terhad, usaha mempromosikan Bukit Kiara sebagai lokasi pertandingan kini lebih bergantung kepada penglibatan sukarelawan terdiri daripada rakan dan peminat-peminat sukan itu.
“Kita sering mengalami masalah kewangan untuk menganjurkan pertandingan yang lebih besar.
“Jadi kita harap kerajaan dan pihak swasta dapat bantu kami menjayakan acara seperti ini pada masa akan datang,” ujarnya.
Sementara itu, Freeride Malaysia yang membuka laluan DH di situ kira-kira tiga tahun lalu juga aktif melakukan kerja-kerja pemuliharaan alam sekitar di Bukit Kiara.
Katanya, usaha mengekalkan laluan lumba dilakukan dengan mematuhi piawaian pembinaan dan penyelenggaraan trek yang ditetapkan oleh Persatuan Pembina Trek Antarabangsa.
“Maklumat seperti kepadatan dan kestabilan tanah, laluan air turun dan kedudukan pokok perlu diambil kira untuk mengurangkan risiko hakisan,” ujarnya.
“Ini adalah antara trek DH yang paling sukar dengan laluan curam, berbonggol serta halangan buatan manusia yang direka untuk menguji kemahiran penunggang,” katanya.
Maklumat boleh diperolehi daripada http://www.freeridemalaysia.com.my/.