Pages

Ads 468x60px

Wednesday, December 10, 2008

Sempena musim haji: cerita umrah 2005







saalam, bersempena musim haji nie teringat pulak aku masa mengunjungi tanah keramat makkah al mukarammah dan madinah al munawarrah. tak banyak yg aku ingat tapi yg paling terkesan sampai kini adalah kali pertama bertentang mata dengan bangunan sergam hitam; kaabah melalui pintu barabussalam.. begetar luluh hati, tak tau perasaan rasa cam ner.. dan x boleh nak digambarkan pada masa tu .. teringat kitab yg aku baca bila mana di akhirat nanti manusia semua akan berkumpul di depan ALLAH s.w.t, ketika mana manusia semua sujud pabila melihat Allah, dan Allah menyeru supaya jangan bersujud kerana di mahsyar bukan lagi tempat untuk beribadat... ni baru melihat kaabah apatah lagi pabila melihat Allah.. ... .. "subahanaAllah.." amin moga kita menjadi golongan yang mendapat rahmat. aku bersyukur sesangat dalam perjalan hidup ni aku di temukan dengan hamba Allah yg bernama muhammad kamil, dengan sokongan dan bantuan dia lah aku dan azel juga ditemani ibu, isteri dan adik dia kami berangkat ke tanah suci. pergi mambawa banyak dosa, mengharap pengampunan dan agar diberi petunjuk kepada jodohku.. alhamdulilah... kesyukuran jua buatNya. itulah pertama kali menaiki pesawat ke luar negara, pertama kali bersolat dengan kusyuk, pertama kali .. byk la lagi yg pertama kali... pakej umrah masa tu dianjurkan oleh KAA Travel, semua berjalan lancar banyak pengisian, selesa dan mesra.. insyaalah babak2 menarik akan aku kongsi nanti jika ada masa terluang antaranya keindahan madinah dan masjid nabawi, bermiqat dan mencuci tandas, azel dengan bahan lontaranya, ganguan jin di hotel safa, kantoi dengan pak guard masjid, hajaratul aswad: tekad aku dan ajel, dan beberapa lagi perkara menarik masa disana. semua yang berlaku ada hikmahnya, dugaan yg dihadapai menggambarkan bertapa Allah sayang sangat pada hambanya , tambahan pula pada jamaah yg nakal macam kami.. dikesempatan ini aku memanjangkan kesyukuran pada Allah s.w.t, terima kasih yg tak terhingga pada kamil, azel, azila puan salmah dan bakyah yang sudi mengajak aku mengalami pengembaraan dan perasan yang tak ternilai ini, semoga dengan rahmat dan keizinaNya dapat lagi kita menjejakan kaki, insyaalah kali ini bersama isteriku (ida) pula ...amin..



2 comments:

Kamezaim said...

assalamualaikum..indah dan bersyukurnya klu kita dapat menjejakkan kaki dan menunaikan kewajipan sebagai umat Islam di tanah suci makkah. Dapat melihat keindahan dan kebesaran Allah s.w.t. semoga jemaah2 haji dapat pergi dgn dan pulang dgn selamat..

captain joy said...

waalaikumsalam bro kamezaim, sungguh indah.. innsyaalah sama-sama doakan jemaah haji selamat pulang dan mendapat haji yg marbrur .. amin