Pages

Ads 468x60px

Wednesday, December 10, 2008

Sempena musim haji: cerita umrah 2005







saalam, bersempena musim haji nie teringat pulak aku masa mengunjungi tanah keramat makkah al mukarammah dan madinah al munawarrah. tak banyak yg aku ingat tapi yg paling terkesan sampai kini adalah kali pertama bertentang mata dengan bangunan sergam hitam; kaabah melalui pintu barabussalam.. begetar luluh hati, tak tau perasaan rasa cam ner.. dan x boleh nak digambarkan pada masa tu .. teringat kitab yg aku baca bila mana di akhirat nanti manusia semua akan berkumpul di depan ALLAH s.w.t, ketika mana manusia semua sujud pabila melihat Allah, dan Allah menyeru supaya jangan bersujud kerana di mahsyar bukan lagi tempat untuk beribadat... ni baru melihat kaabah apatah lagi pabila melihat Allah.. ... .. "subahanaAllah.." amin moga kita menjadi golongan yang mendapat rahmat. aku bersyukur sesangat dalam perjalan hidup ni aku di temukan dengan hamba Allah yg bernama muhammad kamil, dengan sokongan dan bantuan dia lah aku dan azel juga ditemani ibu, isteri dan adik dia kami berangkat ke tanah suci. pergi mambawa banyak dosa, mengharap pengampunan dan agar diberi petunjuk kepada jodohku.. alhamdulilah... kesyukuran jua buatNya. itulah pertama kali menaiki pesawat ke luar negara, pertama kali bersolat dengan kusyuk, pertama kali .. byk la lagi yg pertama kali... pakej umrah masa tu dianjurkan oleh KAA Travel, semua berjalan lancar banyak pengisian, selesa dan mesra.. insyaalah babak2 menarik akan aku kongsi nanti jika ada masa terluang antaranya keindahan madinah dan masjid nabawi, bermiqat dan mencuci tandas, azel dengan bahan lontaranya, ganguan jin di hotel safa, kantoi dengan pak guard masjid, hajaratul aswad: tekad aku dan ajel, dan beberapa lagi perkara menarik masa disana. semua yang berlaku ada hikmahnya, dugaan yg dihadapai menggambarkan bertapa Allah sayang sangat pada hambanya , tambahan pula pada jamaah yg nakal macam kami.. dikesempatan ini aku memanjangkan kesyukuran pada Allah s.w.t, terima kasih yg tak terhingga pada kamil, azel, azila puan salmah dan bakyah yang sudi mengajak aku mengalami pengembaraan dan perasan yang tak ternilai ini, semoga dengan rahmat dan keizinaNya dapat lagi kita menjejakan kaki, insyaalah kali ini bersama isteriku (ida) pula ...amin..



Tuesday, December 9, 2008

cerita basikal vol 2# : Terjebak ke FR/DH



saalam,
cam ne bleh terjebak ke arena FR/DH nie bila aku ride dgn Azhar kat kemensah trail: trail umno-sofea jean. bila dah selalu sgt ride aku dah mula lali dgn climbing, byk gak tecnical climbing aku khatam tapi masa tu kami x de sgt rasa nak masuk xc race, kalau tak maybe bleh letak tahap mana... cuma rasa lebam main xc bila dah x de feel, bila aku kawin dan pindah ke AU3 aku bekenalam dengan sorang pakcik nie dia mmg xc-fr punya kaki sebab bila decent punya part mmg kami kena tinggal, lepas tu aku mula ikut dia ke bukit dinding AU3, trail tangki-pencawang (masa tu x tau yg pernah ada DH comp) aku dgn zairi x serik2 cuba 2kaki drop yg ada kat situ, mmg x perna save landing sebab x tau teknik, bila dah fedup aku cam dah nak pencen main baeskal nie... semuanya berubah bila aku pi rumah nine, dia masa tu dah advan, mula 2 dulu aku yg introduce MTB ni kat dia tapi dia dulu ada AM bike, Jump Bike dgn DH bike, terpegun bila kali pertama dia bawak scott ransome carbon limited dia Fuh! group set xtr yg masa tu beharga dekat RM5k! bila tu la dia dapatkan aku kona stinky yg aku masih guna sampai la nie... org lain dah byk tukar bike tp aku kena relex dulu.. bila terjebaknya aku ke dunai FR/DH nie trail yg wajib mingguan adalah Taman Kiara. mula kenal dgn ramai kawan kat sana wak, rudi,shaid, dll, bila duan duduk dgn aku kami sama 2 jadi trail builder dan menubuhkan artdownhill racing team : http://artdownhillracingteam.blogspot.com/