Pages

Ads 468x60px

Thursday, January 29, 2009

Bukan kedekut tapi berjimat

Salam , sesuai dengan keadaan kelembapan ekonomi yg melanda dunia ketika ini eloklah kita mengorak langkah untuk mula berjimat, kebanyakan dari masyarakat kita yang bekerja kerajaan kususnya mungkin tidak begitu resah.. akan tetapi pekerja di sektor swasta sudah mula merasakanya, masyarakat cina yg kebanyakanya berniaga sudah mengambil langkah awal dengan mengurangkan perbelanjaan perayaan mereka Sumber dari sahabat2 yg bekerja di bank menyatakan tukaran wang 'angpow' juga kurang pada tahun ini.. malah limau manderin di tepi jalan juga tidak berapa mendapat sambutan... oleh itu sebagai persediaan, kita juga patut menyimpan dan berjimat cermat.

langkah awal yg saya ambil ialah dengan membaiki sendiri mesen basuh dan meng re-fill sendiri air minuman r.o untuk kegunaan opis. jumlah penjimatan hari ini RM 60 utk mesen basuh dan RM 60 untuk R.O water. Ayuh kita kongsi sama-sama kempen berjimat ni " bukan kedekut tapi berjimat"

Wednesday, January 28, 2009

Tutorial: Lukisan 3D ( sampel rendering lukisan menggunakan rihno3D )
















Salam: antara project drawing saya yang lepas menggunakan rihno3D, simpel jer sebab just nak bagi costomer faham proposal design... dan some of yg oati buat memang superb, kalau dah tahap boleh buat cam real tu dah bole jadi freelance dengan gaji 10k sebulan ...! jangan terkejut dalam website rihno 3D ada budak umor 7 tahun buat model handphone, robot dll dan yg paling gempak atuk umor 70thn buat model kapal terbang dan kereta! : http://www.rhino3d.com/





dimana ada kemahuan disitu ada kejayaan!

Wednesday, January 21, 2009

Tutorial: Lukisan 3D Mudah




Salam: sape kata org biasa x leh buat lukisan 3D? cuma perlukan sedikit imiginasi saja anda mungkin setanding dengan designer pro yg keje kat interior design nun.. pilih software yg sesuai; ada banyak software 3D di pasaran, ada yg baru, ada yang lama tapi dah kuar version baru... antaranya L.wave, 3DS max, MAYA, dll, tapi yg menarik perhatian adalah Rihno3D, sangat mudah difahami, x perlu sangat ketepatan teknikal, lebih kepada pembinaan model dan bentuk, tools yg padat dan mudah... ia biasanya didatangi dengan pasangan renderingnya ;flamingo, namun begitu untuk mendapatkan effect yang lebih realistik boleh di render didalam 3ds-max. disini sy ingin berkongsi teknik mudah bagaimana melukis interior drawing atau model menggunakan Adobe Illustrator dan di convet ke Rihno 3D.


1. Haslkan lukisan plan dengan menggunakan pen tools (line sahaja) ukuran mudah dibuat jika menggunakan Illustrator, setkan line pada kadar strok 0.3pt, setelah selesai pegi ke file dan clik pada export; export terus ke dalam format DRW autocad. setelah selesai save, buka rihno dan set doc dalam unit (mm) kemudian import dari file yg kita save dalam format export tadi.. lukisan kita akan terpapar dalam keadaan 2d, jadi dari itu kita telah mendapat rujukan yg boleh di manipulasi menjadi binaan.. pada tahap ini imeginasi diperlukan untuk menggambarkan sesuatu objek dari 2d ke 3d, setiap line (curve) yg kita import tadi boleh di expend menjadi kotak, cube, sfera, dll bentuk asas. untuk mempercepatkan kerja, kenal pasti ketinggian objek supaya senang boleh expeng sekali duss... setelah polyobject telah memuaskan hati boleh terus merendernyer mengikut citarasa anda, dibawah ada beberapa contoh gambaran bagaimana lukisan dari Adobe Illustrator boleh di 3d kan oleh rihno, selamat mencuba!
untuk gambaran lebih jelas dan membaca testimonial sila ke website rasmi Rihno3d : www.rhino3d.com

Tuesday, January 20, 2009

minggu marathon kad kahwin




salam: musim cuti, musim kawin... musim mengawan si anak adam hehe.. memandangkan cuti CNY tinggal beberapa hari jer lagi pasangan2 yg akan melansungkan perkahwinan dalam bulan mac-april dah mula mau mengedarkan kad2 mereka, so cuti ni maybe ada kesempatan untuk bertandang ke rumah sanak saudara di samping membawa hajat.. dan aku harus memastikan hajat mereka tercapai insyaalah, agak kelam kabut bila kad2 kali ni datang bertimpa termasuk 3 set dari VVIP ( biasanyer faci : costomer yr ar the bos...) satu set nikah, majlis resepsi di hotel dan satu di rumah... wow meriah kan? seronok jadi anak org kaya nie heheh.. operasi di kilang dalam minggu ni 24jam yong (operator mesen) cian dia mata dah bengkak, pagi raya mesti x dapat pegi tokkong sebab letih sangat... hehehe x lupa jugak set dari anwar dan satu set dari mustaqim. mak buyung kat umah tgh layan barang hantaran... cam ni leh bukak butik renjis nie heheh...

p/s : tapi yg paling best CNY ni balik kg gue heheh best....

Saturday, January 17, 2009

Ride: Putrajaya... newbie and beginner




salam, setelah sekian lama x dapat kuar bermain, hari nie di jadikan rezeki mak metua datang dari kg bersama sepupu kerumah, alhamdullilah ceria bini aku dan yg paling ceria adalah aku' im a happy men... setelah dapat tau yg rombongan dari batu pahat nk dtg aku dah set dgn ride buddy azhar dan duan lebih awal lg sebagai persediaan untuk diaorg bangun awal keesokan hari... tapi yg lambat aku juge, biasa la .. tecnical error hehe, on the way tu si azhar ni nak wee wee, singgah kat toilet kat area persin 5 aku mula2 x rasa tp bila sume org kuar pi toilet aku pun nak JV sekali lah.. ada 3 small room semua penuh! ciss ni mesti kerja si cleaner ni malas cuci dia kasi kunci itu room, azhar kuar aku masuk.. peeaeh! busyuk nyer bau aku budget ni mesti kerja si duan ni kat room sebelah " hoi! apa bau busuk sangat nih! makan sampah ka?!" selamber kata2 kesat kuar dari mulut aku... x lama duan kuar...lama gak aku kat dalam sambil layan berangan .. aku dengar bebudak tuh kat luar dok begelak.. pas aku kuar... gelak x habis lg .. pas tu aku tanya la apasal!? azhar: yg ko sound mamat kat sebelah tadi kenape? cian dia x kuar2 dari toilet..heheh hahha aku pun baru perasan yg room sebelah aku td bukan duan tetapi tetamu luar... hee sori bro masalahnyer busuk sgt.. lain kali klu nk waawaa kat public toilet cover la bau tu sikit kan dah terkena sound... (budak2 ni kalau dapat ketawakan org mmg suke)


ride tengah panas XC .. penat cuma duan tergolek kat fun trail sebab kena badi kat toilet tadi.... kalau ada yg terasa minta maaf yer, dah lumrah manusia....

Monday, January 12, 2009

Bike Rack Cap Ayam


Salam; (sebab tadi cerita pasal kereta) kalau kaki2 kayuh nie mmg familiar dengan bike rack atau bike carrier, tapi nak cerita sikit tentang bendalah nie walau pun nampak cam x berapa penting sgt tapi kewujudanya sangat2 diperlukan terutama pada jenis x rajin basuh kete cam aku nie.. brand yg paling baik dan popular adalah Thule Sweeden masalahnya herga dia boleh beli sebijik beskal cap ayam dalam RM 1,850.00 untuk satu set. sebagai alternatif rider miskin cam aku ni cuma mampu guna yang x de brand jer ; bike carrier, harga murah dalam RM 150, bole bawak sampai 3 bike. cuma nampak selekeh la dari thule yg mahal tu bike GAH tercacak atas bumbung kete... awesome gitu.. ada beberapa ketika dulu sebuk gak rider mengadu tentang bike carrier cap ayam ni kat forum, ada 3 kes bike jatuh tengah jalan, ada satu tu kena lenyek dgn van, ada juga yg kena saman dengan polis trafik.. ada beberapa tips untuk memastikan bike carrer cap ayam ni berfungsi setara dengan Thule, mula2 beli laraskan locking pada penyangkut kabel tu supaya bila kita sangkut pada body dai terus lock dan x gerak2, sangku pada sendi2 kenderaan yang kukuh sahaja, strap yg lebih tu kalau boleh ikat pada bike supaya extra safety. dan jangan la bila dah tau ada bawak bike kat belakang pas tu bawak laju2 , siap jump lagi dkt bonggol mmg nak carik na'as la kalau cam tu....

Selamat Tinggal Kereta Turbo


Salam: kali ni entri dah x cite pasal besikal sebab dah about 3 week x ride, reson sebab cik suri x sihat so kena la temankan dia kat rumah... bosan tapi x pe la bukan selalu pon, memandangkan 2 up coming race ni aku cam x dapat masuk jer... semangat nak training pun berkurangan, Downhill Challange Bukit Cermin 2009 jatuh pada 30hb ni yng sama dengan tarikh kawin sepupu aku kat Batu Pahat... so.. err, oh yaa bebalik pada tajuk entri, kete lencer ni agak banyak gak kenangan aku epecially masa kami kawin dulu.. rombongan pengantin ke Batu pahat dan kampung aku ke pantai remis rasanya perkhidmatanya sudah x dipertlukan lagi oleh tuanya so ada sape2 yg berminat nak bawa pulang?, heheh. Model evo 6.5 Tomi Mikinen Limited Edition, Enjin Standard Turbo Lencer Evo, Interior pun TME.. aku bukan minat sgt bab kete nie sebab tu aku x tau sangat spect2 dia yg panjang berjela.. malas..tapi minyak jimat walaupun suka-suka "tarik" dilebuhraya... buat masa ni, jentera besi ni selamat di parking bawah rumah aku selagi dia belum berjumpa tuan baru dia.....

Tuesday, January 6, 2009

Kiara Downhill Nomination 5th, petikan dari Utusan Malaysia


PECUTAN pantas penunggang basikal yang menuruni bukit mencuri perhatian orang ramai yang menghabiskan masa bersama rakan dan keluarga di Taman Rekreasi Bukit Kiara (TRBK), baru-baru ini.
Sebahagian daripada pengunjung taman yang sebelum itu asyik bersenam kemudian beralih arah ke kawasan tempat letak kenderaan yang menjadi ‘pusat’ kemeriahan aksi.
Sejak awal pagi orang ramai berkumpul untuk melihat aksi penunggang kategori downhill (DH) melepasi halangan paling mencabar di situ iaitu lompatan jatuh setinggi 3.5 meter.
Sistem suspensi depan dan belakang yang berkualiti membolehkan penunggang mendarat dengan baik tetapi tidak kurang juga yang tergolek dan terhempas di depan penonton.
Cabaran laluan DH di Bukit Kiara sememangnya diakui antara paling ekstrem di negara ini tetapi bertambah sukar apabila hujan membasahi trek beberapa minit sebelum pertandingan.
Selepas hujan ketika laluan masih basah, perlumbaan melibatkan 11 peserta bagi Kategori Hardtail (ekor keras), diikuti dengan Juniur (20), Open (20), Master (21) dan Elit (enam) dilepaskan.
Permukaan tanah yang lecak selepas digomol penunggang pada sesi seeding menyebabkan pecutan agak perlahan dan ramai yang terjatuh.
Di dalam kategori juniur dan hardtail pula, ramai yang memilih laluan ‘jauh tapi selamat’ atau chicken run kerana tidak yakin untuk melepasi halangan gap di Garden.
Itulah sebahagian daripada suasana dan cabaran yang ditempuhi oleh 45 peserta sepanjang laluan 2. 4 kilometer pada Kiara Downhill Domination (KDD5) anjuran Freeride Malaysia, baru-baru ini.
Tempat pertama Kategori Elit disandang oleh penunggang pasukan AG Suspension, Tan Hong Chun yang mencatat masa 4 minit 6 saat (terpantas keseluruhan kategori)).
Dalam Kategori Terbuka, penunggang tempatan dari pasukan yang sama, Alzure Mahshar tewas kepada pencabar sepasukan dari Indonesia, Bandi Sugito yang mencatat masa 4 minit 28 saat.
Kategori Master dimenangi oleh Rizal Hon, selepas menewaskan penyandang juara KDD lalu iaitu Greg Larson daripada pasukan Duncan Replay Cycles.
Sementara itu penunggang baru, Farrandy Iskandar yang beralih kepada disiplin DH kira-kira enam bulan lalu menunjukkan bakat apabila memenangi hadiah tempat ketiga di dalam kategori yang sama.
Farrandy yang menunggang Yeti ASX berkata, setelah beberapa tahun menunggang di dalam disiplin cross country (XC), beliau akhirnya beralih kepada DH selepas berlatih di Bukit Kiara.
Kategori Hardtail dimenangi oleh Mohd. Nor Hairi Hassim dengan catatan masa 5 minit 36 saat.
Paling mencuri tumpuan sepanjang KDD5 adalah kepantasan juara Kategori Juniur, Mohd Aim Mohd Fauzi, 16, yang menjadikan beliau peserta paling lama berada di ‘kerusi panas’.
Mohd. Aim daripada pasukan Animal Klover menamatkan laluan berlumpur itu dengan catatan masa 4 minit 25 saat sebelum rekodnya itu dipadam oleh Hong Chun, kira-kira 30 minit sebelum pertandingan tamat.
“Nasib saya baik kerana semua halangan di laluan ini dapat dilepasi dengan baik tanpa sebarang kemalangan.
“Sebaik dilepaskan, saya terus berkayuh walaupun ketika menuruni lereng bukit yang agak curam,” katanya kepada Sigap.
KDD5 disokong oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Trail Association of Kuala Lumpur & Selangor (Traks) dengan penajaan daripada Foulker, Teamrich dan Dirtworks.
Pengasas Freeride Malaysia yang juga penganjur KDD, Amirul Khairi Abdul Ghani berkata, sejak penganjuran pertama pada Februari tahun lalu, Bukit Kiara kini semakin dikenali di kalangan peminat sukan mountain bike.
Beliau memberitahu, penganjuran KDD buat masa ini diteruskan atas dasar minat dan semangat untuk mengembangkan sukan lasak itu ke peringkat yang lebih tinggi.
Bagaimanapun dengan peruntukan yang agak terhad, usaha mempromosikan Bukit Kiara sebagai lokasi pertandingan kini lebih bergantung kepada penglibatan sukarelawan terdiri daripada rakan dan peminat-peminat sukan itu.
“Kita sering mengalami masalah kewangan untuk menganjurkan pertandingan yang lebih besar.
“Jadi kita harap kerajaan dan pihak swasta dapat bantu kami menjayakan acara seperti ini pada masa akan datang,” ujarnya.
Sementara itu, Freeride Malaysia yang membuka laluan DH di situ kira-kira tiga tahun lalu juga aktif melakukan kerja-kerja pemuliharaan alam sekitar di Bukit Kiara.
Katanya, usaha mengekalkan laluan lumba dilakukan dengan mematuhi piawaian pembinaan dan penyelenggaraan trek yang ditetapkan oleh Persatuan Pembina Trek Antarabangsa.
“Maklumat seperti kepadatan dan kestabilan tanah, laluan air turun dan kedudukan pokok perlu diambil kira untuk mengurangkan risiko hakisan,” ujarnya.
“Ini adalah antara trek DH yang paling sukar dengan laluan curam, berbonggol serta halangan buatan manusia yang direka untuk menguji kemahiran penunggang,” katanya.
Maklumat boleh diperolehi daripada http://www.freeridemalaysia.com.my/.

Oleh ABD. HALIM HADI rekreasi@utusan.com.my 03.10.2009