Pages

Ads 468x60px

Wednesday, November 26, 2008

cerita basikal : nostalgia zaman dulu

boleh dikatakan semua org pernah naik basikal, kalau masa dah besar ni tak mungkin masa kecik-kecik dulu.. my first bike rasanya dalam umur 1 tahun cam tu, tp yg tu tinggal dalam gambar jer la yg aku tengok, aku ingat maybe second bike , warna merah tayar mati, masa aku dapat tu dalam umor 4 tahun tak tau sape beli, maklumlah anak bongsu time tu x mintak pon dapat.... aku ingat lagi petang tu aku main kat depan rumah ah seng, bapak aku bukak roda yg support taya belakang tu, tu la first time aku naik basikal roda dua.. pas tu terus la aku fanatik, masa tu projek perumahan kat depan rumah aku tu belum start lagi, so masa balik cari kayu bakau aku x lepaskan peluang meranduk air laut yang pasang sampai ke paras betis.. , masa tu x guna dapor gas lagi eletrik pon belum ada lagi... naik darjah 2 mak belikan aku bike warna biru, masa tu trend bebudak ride BMX, masi, sidi dgn own ada, own punya yg first warna hitam pas tu kena curi, aku dah mula main downhill pakai bike biru ni tapi masa tu yg paling menyerlah own, dengan aksi kona baring depan rumah arwah pak njang, hamdi, kakak aku, ramai lagi berkumpul tgk kami buat aksi, time tu aku rasa kat area rumah aku tu meriah sebab ramai org... ok pas tu termakbul jugak nak pakai BMX bila mak beli kat kedai hawk RM250 kalau x silap, time tu darjah 4-5 kak norsiah baru kawin, aku ride ke sg batu dgn mak... maybank yippi mula2 tawarkan bike size kecik tp ada gear time tu terus aku jadi gila sekejap, nk beli mahal gila harga dia.. ijan budak kg pertama yg pakai, bila aku dekat form 2 baru la dapat sebijik yg ada gear ( front drive /FD, rear drive RD-shifter group set ) nama dia "perfect" warna oren-magenta, size 24" group set shimano sis, masa pakai bike ni aku start milage, sekitar ceruk kampung, sampai ladang allagar, huntly, matang kubu, tg. batu, batu 12, damar laut dan paling jauh pulau pangkor, part upgrade pertama brand kalloy ATB sistem (roadbike) stamp, pas tu kalau boleh sume part nak tukar aluminium.. aku guna bike ni sampai masa aku study kat taiping, habis SPM, this bike go's to Along, dan aku lupakan terus bila masuk ke UiTM, start ride semula bila Azhar my dive buddy dia ajak aku main.. polygon diablo royal yg duan biat jump bike tu la 1st bike dia dan aku pun angkat polygon cubic murah sikit rm 850, time tu pegi beli dgn ida, dia yg bagi support tp skrg dia pulak yg selalu jelous bila aku nak pi ride.. heheh , tahun 2004 aku mula aktif main basikal, sampai skrg... insyaalah jika diatas keizinanNYA aku main lagi.. dan lagi... (nanti aku balik kg aku carik gambar bike dulu2 tu pun kalau ada...)

Tuesday, November 25, 2008

Welcome, Salam

Selamat datang, blog ni aku buat khusus untuk memuatkan story mengenai segala hobi, kerja, tips, pengetahuan, aktiviti, gambar, video, design, kawan, makanan, .. macam lah. blog ni lebih santai dari blog aku sebelum ni yg khusus tentang scuba sahaja iaitu http://scubaddy.blogspot.com/ kalau nak campur benda lain selain diving dalam blog tu kang pelik plak... so harap2 blog yg ni boleh kekal aktif dan banyak modal nak di upload kan, semoga mendapat tunjuk ajar dan komen dari kawan-kawan..